Followers

Saturday 6 October 2012

MMR

                                                                 MMR JULAI 2012


Pertama kali menghadiri MMR pada 7 julai 2012, dan buat pertama kali juga mendengar apa istimewanya MMR . Cuma dalam group Smart Tycoon je boleh ada benda macam ni
yang memang amat bagus untuk diaplikasi dalam kehidupan.Di MMR ini di ajar cara-cara untuk
mengelakkan kebocoran wang,mengapa berlakunya kebocoran wang,-
 teknik supaya tiada keBOCORan WANG


- teknik supaya DOMPET anda tak pernah PUTUS wang
- Mudah Naik PANGKAT
- CARA yang paling TEPAT Berdoa
- MASA yang TEPAT untuk Berdoa
- BAHASA yang TEPAT untu Berdoa


dan pelbagai lagi yang kita INGINI ..juga suami suka pangkah-pangkah isteri,,keluar je dari MMR,,,lovinggg macam baru kahwin,,,,!!anak-anak dengar kata dan cemerlang dalam pelajaran

saya juga seorang yang rajin membaca buku-buku berbentuk motivasi  contohnya buku RICH DAD POOR DAD,,






Habis je baca buku ni..minda saya berkenaan 'wang' terbuka luas'...sudah kenal apa sebenarnya' 'ASET'dan 'LIABILITI' dan dalam hidup ini kita mesti berani ke depan dan berhadapan dengan risiko
Risiko untuk melabur dan membina Aset...

Ada lagi beberapa buku lain seperti 'LAW OF ATRRACTION'  yang saya baca dan setelah menghadiri MMR ni,di ajar oleh mentor2 kesayangan cara nak applikasikan ilmu ni...uhhh...
Rasa sungguh bertuah sebab berpeluang menggunakan ilmu ni...
Selepas ini setiap kali 'recharge' saya akan pastikan cuba menghadiri MMR yang diadakan setiap tahun,,



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 


  QURANIC LAW OF ATTRACTION

INI LAGI buku yang memng menarik untuk di baca iaitu al-quran sebagai panduan untuk kita memperoleh rezeki dengan berkat seperti yang diajar dari Al-Quran...mari kita tengok apa yang menariknya Buku Ini...










Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu.

Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?

Jawapannya sudah pasti adalah Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.
Kata Pengantar   
Penghargaan   

Bab 1: Permulaannya adalah Mengetahui   
Apa Itu Hukum Tarikan?   
Jadi, Apakah Sebenarnya Hukum Tarikan Itu?   
Quran, Sumber Hukum Tarikan?   
Berapa Dekatkah Kita Mengenali Quran?   
Quran Bertindak Balas denganKehendak Saudara   
Menyuntik Kekuatan Quran ke dalam Nurani Kehidupan   
Pandangan Quran Mengenai Kejayaan dan Kebahagiaan   
Keimanan dan Hukum Tarikan   
Bahagia Sebelum Bertindak   

Bab 2: Pusat-pusat Tenaga dalam Quran   
Tenaga Doa   
Kenapa Doa Saya Masih Tidak Dikabulkan?   
Tenaga Syukur   
Apa Maknanya Kesyukuran?   
Bagaimana Mengundang Rasa Syukur?   
Tenaga Sabar   
Melatih Kesabaran   
Sabar, Kuasa Sebenar Kejayaan   
Menghadapi Musibah dengan Sabar   
Mengundang Pertolongan Tuhan         
Balasan bagi Orang yang Sabar   

Bab 3: Gandingan Tenaga Doa, Syukur dan Sabar   
Pertama: Ketahuilah Apa SebenarnyaSaudara Inginkan   
Kedua: Berdoalah, Tuhan pasti Menyambutnya   
Ketiga: Tanamkan Kuat-kuat Tujuan Doa Saudara   
Keempat: Dari Mana Datangnya Keraguan Itu?   
Kelima: Menghidupkan Rasa Syukur dalam Hati   
Keenam: Gunakan Tenaga Sabar bagi Bangkit daripada Kegagalan   
Ketujuh: Solatlah dengan Syukur dan Sabar   

Bab 4: Quran Menjawab Keinginan-keinginan Saudara   
Menawarkan Penyelesaian Masalah Hidup   
Mewujudkan Keinginan-keinginan Saudara   
Meningkatkan Ketabahan Saudara   

Bab 5: Cara Saudara Bertindak Balas dengan Quran   
Bacalah Quran, Walaupun Satu Minit Sahaja!   
Bermeditasi dengan Quran   
Fahamilah Kata-kata Quran   
Gunakan Doa-doa yang Ada di dalam Quran   
Waktu Tepat Berdialog dengan Quran   
Bukan Hanya Sekadar ‘Tahu’, Saudara Juga Mesti ‘Mahu’   

Bibliografi   
Tentang Penulis
Permulaannya adalah Mengetahui
Saya bersyukur kerana berpeluang membaca buku-buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya Michael J. Losier). Kedua-dua buku ini berjaya menyentuh jiwa saya. Pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya bertambah. Saya berjaya membaca kedua-dua buku itu dalam masa tiga hari. Saya terkejut. Tiba-tiba saya sedar ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu begitu ‘ajaib’.
Lebih terkejut apabila ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu sebenarnya diajarkan Tuhan dan Nabi Muhammad beberapa abad lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta sunah Nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju ‘stesen’ kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itu, saya menyarankan supaya pelajarilah (kemudian praktikkan) Hukum Tarikan yang sesuai dengan nilai-nilai Quran! Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi ingin saya katakan, kita mencapai kebahagiaan yang sebenarnya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dalam buku ini, saya tunjukkan kepada saudara kekuatan Hukum Tarikan yang terdapat dalam Quran, yang membimbing saudara menuju kejayaan dan kebahagiaan hidup selama-lamanya. Insya-Allah. Mari kita mulakan!
Apa Itu Hukum Tarikan?
Mungkin ada di antara saudara berasa kecewa dengan apa yang diperoleh sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tetapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang, ia sentiasa tidak cukup. Saudara juga tidak pernah merasakan kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini?
Setiap pagi, saudara bangun daripada tidur dengan perasaan kecewa. Saudara berfikir yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mendapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai kehidupan saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran seperti ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi.
Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu menjalin hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan saudara akan terjual dengan banyaknya. Saudara dirikan solat subuh, berdoa memohon kemudahan darinya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan.
Mungkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia mengatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri satu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peristiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan.
Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya.
 

No comments:

Post a Comment