10 juta rakyat malaysia menghadapi masalah kegemukan?

Keratan akhbar ni top5 amik pada tahun 2007. Mungkin pada tahun tersebut rakyat malaysia tak seramai ni lagi. Untuk tahun ni top5 rasakan masalah kegemukan di kalangan rakyat malaysia semakin meningkat. ( ni tanda orang malaysia semua comel-comel kan? hehe…)
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, punca utama masalah kegemukan adalah disebabkan oleh makanan segera. ( ni top5 setuju jugak la, sebab top5 pernah nampak ada seorang budak lengkap berpakaian sekolah tengah makan kfc sorang-sorang, kalau top5 dulu nak makan kfc harap abah bawak je. sedih kan?

Jumlah kalori yang manusia perlukan adalah sekitar 1600 kalori sahaja untuk setiap hari. Manakala setiap set hidangan ayam goreng tiga ketul lebih daripada 1000 kalori. Kalau anak anda tiap hari makan ayam je? petang dan malam makan ayam? , Ni belum lagi dengan nasi, mee goreng dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment